Rm2500

Sunday 6 October 2013

Tidak Diterima setelah Ditabalkan Sebagai Ratu Cantik Amerika


Tidak diterima sebagai Ratu

KEJAYAAN Nina Davuluri merangkul gelaran Ratu Amerika telah mendapat reaksi berbaur perkauman daripada sebilangan masyarakat di Amerika (AS).
Ini gara-gara latar belakang jelitawan berusia 23 tahun itu, yang mempunyai ibu bapa yang berasal dari India sebelum berhijrah ke Amerika 30 tahun lalu.
Menerusi laman Twitter, ramai yang menganggap pemilihan Davuluri itu sebagai kurang sesuai kerana latar belakangnya itu.
Para pengkritik itu kecewa dan tidak berpuas hati kerana seorang bukan penduduk asli negara tersebut terpilih untuk mewakili Amerika ke peraduan peringkat dunia kelak.
Dalam peraduan di Atlantic Ocean pada September lalu, Davuluri menyerlah bukan hanya dengan penampilan dan keyakinan dirinya, malah beliau telah membuat satu persembahan tarian Bollywood yang begitu bertenaga dan digemari para penonton.
Bercakap kepada pihak media dalam satu sidang media, Davuluri berkata beliau dilahirkan di Amerika dan menganggap dirinya sebagai seorang rakyat Amerika sejati, walaupun keluarganya merupakan pendatang.
"Saya amat berbangga kerana penganjuran acara ini menggalakan kepelbagaian. Saya juga amat berterima kasih kerana kanak-kanak yang menonton di rumah dapat menerima saya sebagai Ratu Amerika yang baru," katanya.
Sementara itu ketika muncul untuk program Good Morning America, lulusan Universiti Michigan itu berkata beliau berasa sangat bertuah kerana dapat mewakili golongan wanita India-Amerika sebagai Ratu.
"Ketika di saat separuh perjalanan pertandingan ini, saya mula menangis kerana ianya merupakan pengalaman yang cukup menakjubkan terutama apabila berada di atas pentas Ratu Amerika.
"Apatah lagi apabila membuat persembahan secara langsung dan mengetahui rakan-rakan serta keluarga saya menonton rancangan ini," katanya.

No comments:

Post a Comment

RM2500 DI SINI!!!

Busuk.com

My Blog List