Rm2500

Thursday 21 November 2013

Lady Gaga dituntut atas pelanggaran hak cipta

Lady Gaga dituntut atas pelanggaran hak cipta untuk lagunya yang berjudul “Judas”, diangkat dari sebuah lagu yang ditulis oleh seorang penyanyi yang inspiratif.
Bintang pop itu merilis “Judas” pada awal tahun ini dan memasukkannya di album terakhirnya “Born This Way.”
Namun Rebecca Francescatti mengklaim lagu itu mirip sekali dengan lagu yang dibuatnya pada tahun 1999, berjudul “Juda.”
Dalam sebuah tuntutan yang diajukan pada pengadilan federal bulan ini, Rebecca mengetahui bahwa mantan pemain bass-nya, Brian Gaynor, sekarang bekerja untuk sebuah firma musik yang menangani 17 lagu di “Born This Way.”
“Walaupun gaya lagunya berbeda, komposisi dan melodi refrainnya sama..(Rebecca) ingin mendapatkan pengakuan atas apa yang telah dibuatnya,” dinyatakan oleh pengacara Rebecca, Chris Niro, pada TMZ.com.
Rebecca mencari kesalahan yang tidak spesifik.

Sunday 17 November 2013

Wang Mudah,,,, 15sen perclick,,, cepat SEBELUM TAMAT TEMPOH!!!!!

Salam dan salam sejahtera..
Saya memang suka menulis blog dan secara tak langsung dapat menjana pendapatan anda.. Berapa Network saya cuba antanay Nuffnang; dan yang terbaru SATU CLICK RM0.15.. Mudah dan lumayan kan?
APA LAGI YANG DI TUNGGU... TERUS SAYA CLICK IKLAN DI BAWAH

TAUFAN HAIYAN: Berebut dapatkan makanan


KEJAR BANTUAN: Penduduk berebutkan bantuan bekalan daripada helikopter U.S. Navy Sea Hawk di bandar kawasan pantai Tanawan, di bahagian tengah Filipina, semalam. - Foto AP
Bekalan belum mencukupi walaupun usaha bantuan besar-besaran dijalankan
CABUNGAAN (Filipina): Diserbu penduduk kampung yang kelaparan, beberapa helikopter tentera Amerika Syarikat semalam menjatuhkan bantuan bekalan makanan yang diperlukan di kawasan-kawasan terpencil di bahagian tengah Filipina yang terjejas akibat taufan.
Pada masa yang sama, rakyat Filipina yang terselamat daripada bencana itu berpusu-pusu mengunjungi gereja-gereja untuk berdoa bagi masa depan yang tidak menentu itu.
Filipina kini menghadapi tugas besar untuk membina semula negara itu daripada kesan Taufan Haiyan, yang telah mengorbankan nyawa sekurang-kurangnya 3,681 orang dan 1,186 yang lain hilang, dengan sebahagian besar daripada masyarakat terpencil masih belum menerima bantuan mencukupi, walaupun usaha bantuan besar-besaran antarabangsa sudah dikerahkan.
Pihak berkuasa Filipina dan agensi-agensi bantuan antarabangsa menghadapi krisis kemanusiaan yang kian meningkat.
Bilangan mereka yang kehilangan tempat tinggal akibat bencana alam itu dianggarkan mencecah empat juta orang - bertambah daripada 900,000 lewat minggu sebelumnya.
Presiden Benigno Aquino, yang ternyata tidak menjangkakan skala kesan bencana tersebut dan dikritik sesetengah pihak kerana memberi respons yang agak kelam-kabut, melawat beberapa kawasan yang terjejas semalam, dan kelihatan terus menuding ke arah pihak berkuasa setempat atas masalah yang dihadapi.
Di Guiuan, sebuah bandar kawasan pantai yang terjejas teruk di wilayah timur Samar, beliau memuji mayor bandar itu kerana menjalankan pemindahan penduduk dengan betul, yang mampu membataskan jumlah kematian kepada kurang 100 orang, sambil berkata keadaan sebaliknya berlaku di bandar-bandar lain.
"Di tempat lain, saya lebih suka tidak bercakap mengenainya. Sebagai presiden anda, saya tidak dibenarkan marah walaupun saya rasa kurang senang. Saya akan hanya berasakan deritanya...," katanya.
Sedang pakej bantuan mulai sampai ke kawasan terpencil, sebahagian besarnya dibawa helikopter yang dikerahkan kapal pembawa pesawat USS George Washington, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata orang ramai masih kelaparan di beberapa kawasan pergunungan.
Ia berkata maklumat mengenai beberapa wilayah di barat wilayah Visayas masih "terbatas", dengan 60 peratus daripada penduduk bandar di bahagian timur laut wilayah Capiz memerlukan bantuan makanan.
Di Cabungaan, sebuah perkampungan di pedalaman daerah Tanauan di wilayah Leyte - di mana sehingga 1,200 orang maut - ketibaan helikopter U.S. Seahawk semalam adalah bantuan luar pertama yang sampai di sana sejak kejadian Taufan Haiyan pada 8 November lalu.
Pemerintah Filipina menganggarkan kerosakan pada prasarana dan pertanian kini mencapai kira-kira 10 bilion peso ($286.3 juta), dengan sebahagian besarnya dalam sektor pertanian.
SAMBUNG BACAAN

RM2500 DI SINI!!!

Busuk.com

My Blog List