Rm2500

Sunday 29 September 2013

James ghairah mahu robek SINGAXII


MARLON JAMES: Kunci kekuatan pasukan ATM FA. - Foto KHALID BABA
 
SINGAXII seolah-olah pasukan kegemaran penyerang pasukan ATM FA, Marlon James.
Dalam empat perlawanan Piala Malaysia dan Liga Super, penyerang asal Saint Vincent dan The Grenadines itu berjaya menembusi gawang SingaXII dalam tiga perlawanan.
Pertempuran beliau dengan tunggak pertahanan SingaXII, Baihakki Khaizan, juga antara saingan paling sengit pernah disaksikan antara penyerang dengan pemain pertahanan dalam Liga Super Malaysia.
Dengan ketinggian 1.88 meter dan berat badan 88 kilogram, kehadiran fizikal James sering menimbulkan masalah ke atas Baihakki, antara pemain pertahanan terbaik Asia Tenggara.
Ditemui sebelum sesi latihan ATM menjelang perlawanan suku akhir Piala Malaysia menentang SingaXII malam ini, James akur beliau ghairah setiap kali berdepan Baihakki.
"Beliau (Baihakki) pemain pertahanan yang baik. Saya menghormati lawan seperti itu," katanya dengan senyuman lebar.
Pertempuran antara James dengan Baihakki malam ini sekali lagi dilihat sebagai genting dalam menentukan kesudahan perlawanan.
Dengan masalah kecederaan yang menimpa skuad pimpinan Sathianathan itu, ATM bergantung pada ketajaman dan pengalaman James untuk mengharungi saingan di Stadium Jalan Besar.
Namun, James enggan membesar-besarkan peranan beliau sambil menekankan bahawa kalah, menang atau seri bergantung pada persembahan ATM.
"SingaXII mempunyai beberapa pemain handal. Tetapi kekuatan mereka dari segi semangat berpasukan dan disiplin. Dalam perlawanan malam ini, kami perlu menandingi mereka sebagai sebuah pasukan, bukan sebagai individu," tegasnya.
Menjelang perlawanan malam ini, ATM dilaporkan menghadapi krisis kecederaan dengan beberapa pemain utamanya dijangka tidak dapat beraksi.
Antara mereka termasuk pemain sayap lincah, Venice Elphi dan S. Thinagaran, serta bek kanan, K. Reuben, dan pemain midfield, Bruno Martelotto, meskipun para pemain tersebut semua beraksi sewaktu latihan semalam.
Menurut Sathianathan, beliau berpuas hati jika anak didiknya hanya kalah tipis.
Ditanya jika itu taktik 'permainan minda' jurulatihnya, James enggan mengulas.
"Sebagai pemain, kami hanya fokus pada perlawanan di padang," ujarnya.

RM2500 DI SINI!!!

Busuk.com

My Blog List