Rm2500

Friday 25 October 2013

BERITA DUNIA: Sekilas 1

'Pesawat bomba' terhempas
SYDNEY: Sebuah pesawat bagi memadamkan kebakaran hutan di Sydney terhempas semalam, sedang lagi 55 kebakaran di New South Wales dilaporkan masih gagal dikawal.
Juruterbang pesawat itu yang berusia 43 tahun disahkan terkorban.
Sejak Khamis lalu, lebih 200 kediaman telah hangus akibat kebakaran hutan di New South Wales, yang dikatakan bermula ekoran satu latihan ketenteraan. - AFP.

Bas pelancong masuk gaung
BANGKOK: Sebuah bas pelancong yang membawa warga emas terhumban ke dalam gaung di utara Thailand, mengakibatkan sekurang-kurangnya 20 penumpangnya maut, manakala 16 lagi cedera.
Ketika kejadian, mereka dalam perjalanan pulang selepas menghadiri upacara keagamaan di kuil Buddha di daerah Wang Nuea, wilayah Lampang.
Bas itu dilaporkan terjatuh ke dalam gaung sedalam 30 meter dan dipecayai tiada warga asing dalam bas itu. - AFP.

Lelaki bawa heroin ditahan
YANGON: Polis Myanmar telah menahan seorang lelaki yang membawa 133 kilogram heroin yang bernilai AS$2 juta ($2.4 juta) dalam rampasan dadah terbesar tahun ini.
Penangkapan itu dibuat Ahad lalu di daerah Tachileik, berdekatan sempadan Thailand.
Tiga lagi suspek melarikan diri dan sedang diburu. - AFP.

Gunung Sinabung letus lagi
MEDAN: Gunung Sinabung yang terletak di Sumatera Utara semalam meletus lagi dan memuntahkan debu setinggi tiga kilometer ke udara.
Sejauh ini, tiada korban jiwa dilaporkan dan lebih 3,300 penduduk kampung telah diarahkan
berpindah.
Bulan lalu, lebih 15,000 penduduk setempat telah diarahkan berpindah apabila gunung itu meletup.
SAMBUNG BACAAN...

Sunday 20 October 2013

HAIWAN PELIK DI DASAR LAUT: Larval Blenny Fish

Photo: Aerial view of translucent fish larvae
SAMBUNG BACAAN...

Sunday 6 October 2013

Tidak Diterima setelah Ditabalkan Sebagai Ratu Cantik Amerika


Tidak diterima sebagai Ratu

KEJAYAAN Nina Davuluri merangkul gelaran Ratu Amerika telah mendapat reaksi berbaur perkauman daripada sebilangan masyarakat di Amerika (AS).
Ini gara-gara latar belakang jelitawan berusia 23 tahun itu, yang mempunyai ibu bapa yang berasal dari India sebelum berhijrah ke Amerika 30 tahun lalu.
Menerusi laman Twitter, ramai yang menganggap pemilihan Davuluri itu sebagai kurang sesuai kerana latar belakangnya itu.
Para pengkritik itu kecewa dan tidak berpuas hati kerana seorang bukan penduduk asli negara tersebut terpilih untuk mewakili Amerika ke peraduan peringkat dunia kelak.
Dalam peraduan di Atlantic Ocean pada September lalu, Davuluri menyerlah bukan hanya dengan penampilan dan keyakinan dirinya, malah beliau telah membuat satu persembahan tarian Bollywood yang begitu bertenaga dan digemari para penonton.
Bercakap kepada pihak media dalam satu sidang media, Davuluri berkata beliau dilahirkan di Amerika dan menganggap dirinya sebagai seorang rakyat Amerika sejati, walaupun keluarganya merupakan pendatang.
"Saya amat berbangga kerana penganjuran acara ini menggalakan kepelbagaian. Saya juga amat berterima kasih kerana kanak-kanak yang menonton di rumah dapat menerima saya sebagai Ratu Amerika yang baru," katanya.
Sementara itu ketika muncul untuk program Good Morning America, lulusan Universiti Michigan itu berkata beliau berasa sangat bertuah kerana dapat mewakili golongan wanita India-Amerika sebagai Ratu.
"Ketika di saat separuh perjalanan pertandingan ini, saya mula menangis kerana ianya merupakan pengalaman yang cukup menakjubkan terutama apabila berada di atas pentas Ratu Amerika.
"Apatah lagi apabila membuat persembahan secara langsung dan mengetahui rakan-rakan serta keluarga saya menonton rancangan ini," katanya.

Friday 4 October 2013

Bagan Serai: Gempar bila 'mayat hidup semula'

BAGAN SERAI: Sebuah keluarga di Bagan Serai, Perak, gempar apabila mayat seorang ahli keluarga mereka bergerak dan matanya pula terbuka, sekitar lima jam selepas dia disahkan mati.
Kejadian itu berlaku di Kampung Cina Kuala Gula, ketika mayat mendiang Cik Tan Chai Gaik, 69 tahun, dalam keranda, pada 1.30 petang Selasa lalu.
Adik mendiang, Encik Tan Chai Soon, 55 tahun, berkata mereka terkejut kerana pembantu perubatan yang merawat Cik Chai Gaik mengesahkan kakaknya sudah meninggal dunia kerana sakit tua, kira-kira 8.30 pagi.
"Selepas diletakkan dalam keranda di rumahnya kira-kira lima jam kemudian semua ahli keluarga termasuk anak mendiang melakukan upacara penyembahan.


"Ketika nama Chai Gaik disebut anak perempuan keduanya, tiba-tiba mata mendiang terbuka dan beliau menggerakkan sedikit badannya.
"Kejadian itu menggemparkan semua yang ada di situ, malah ada anak mendiang menjerit kegembiraan kerana menyangka mendiang hidup kembali," katanya di rumah mendiang, kelmarin, seperti dilaporkan akhbar Berita Harian Malaysia (BHM).
Encik Chai Soon berkata, mereka menghubungi pembantu perubatan yang merawat mendiang dan memintanya membuat pemeriksaan semula.
Menurutnya, pembantu perubatan itu juga terkejut apabila mendapati tekanan darah mendiang menunjukkan bacaan stabil walaupun mendiang tidak lagi bernafas dan tiada denyutan nadi.
"Pembantu perubatan itu segera mengarahkan ambulans dari Klinik Kesihatan Kuala Gula menghantar mendiang ke Hospital Taiping bagi membolehkan pengesahan semula dibuat terhadap keadaan sebenar mendiang.
"Bagaimanapun, pihak hospital mengesahkan mendiang mati sejak disahkan kali pertama," kata beliau.
Sementara itu, sumber Pejabat Kesihatan Daerah Kerian menafikan mendiang hidup semula tetapi tidak menolak kemungkinan mayat bergerak disebabkan tindak balas anggota fizikal jkepada kesan perubatan atau pemakanan sebelum warga tua itu meninggal. sumber
SAMBUNG BACAAN ANDA....

RM2500 DI SINI!!!

Busuk.com

My Blog List