Rm2500

Friday 17 May 2013

Betulkah Artis Lelaki Terkenal Ditangkap Khalwat Adalah Shahrizal Jaszle?????

 Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) telah mengesahkan pelakon Shahrizal Jaszle telah ditahan atas kesalahan berkhalwat.
Menurut portal Mstar Online, tangkapan itu telah dilakukan oleh sepasukan pegawai dari bahagian penguatkuasaan Jais di sebuah unit apartment Taman Sri Subang di sini awal pagi Khamis.
Shahrizal Jaszle ditangkap khalwat
Shahrizal Jaszle ditangkap khalwat
Pengarah Jais, Datuk Marzuki Hussin dalam satu kenyataan mengesahkan penangkapan Shahrizal atau nama sebenarnya, Mohd Shahrizal Jaszle Jasmi, 25, yang sudah bertunang Disember lepas.
“Dia ditahan mengikut Seksyen 29(1) A dan B, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995,”
Shahrizal ditahan pada pukul 3.30 pagi selepas pasukan penguatkuasa mendapat maklumat daripada orang awam dan jika disabitkan bersalah dia boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Pelakon berkenaan sebelum ini pernah dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan Maria Farida dan Miera Leyana namun hubungan mereka tidak bertahan lama.

No comments:

Post a Comment

RM2500 DI SINI!!!

Busuk.com

My Blog List