Rm2500

Thursday 25 July 2013

Singapura: Panel kaji kes gelap wang dah dibentuk


SEBUAH panel semakan bebas telah dibentuk untuk mengkaji bagaimana kes penggelapan wang melibatkan seorang pegawai Biro Siasatan Rasuah (CPIB) boleh berlaku.
Panel yang dibentuk oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO) itu juga telah meninjau cara- cara mengukuhkan prosedur kewangan serta sistem audit dalam CPIB demi mengelak perkara serupa daripada berulang.
Saranan panel tersebut sedang dilaksanakan.
Menurut satu kenyataan PMO semalam, CPIB secara purata menyiasat 39 kes melibatkan pegawai awam setiap tahun. Kes-kes itu membentuk sekitar 20 peratus jumlah kes yang disiasat agensi tersebut.
Daripada bilangan itu, sekitar dua pertiga siasatan melibatkan pegawai awam berakhir dengan dakwaan di mahkamah atau prosiding disiplin.
Kenyataan itu menyusuli dakwaan ke atas penolong pengarah CPIB, Edwin Yeo Seow Hiong, bagi kesalahan menggelapkan wang lebih $1.7 juta.
Kenyataan itu turut menukil Timbalan Perdana Menteri, Encik Teo Chee Hean, yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Perkhidmatan Awam sebagai berkata secara purata kes-kes melibatkan pegawai awam kekal rendah dan agak stabil sepanjang lima tahun lalu.
"Banyak kes dilaporkan sama ada oleh orang awam atau pegawai dalam Perkhidmatan Awam. Ini menggambarkan satu budaya kukuh di Singapura dan di dalam Perkhidmatan Awam yang menolak rasuah," tambah beliau.
Encik Teo juga berkata PMO sedang memeriksa sama ada terdapat sebarang kesilapan penyeliaan yang mungkin menyumbang kepada insiden melibatkan Yeo dan akan mengambil tindakan ke atas pegawai yang bertanggungjawab.
Sementara itu, Menteri Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, berkata jika tuduhan terhadap Yeo benar, pemerintah akan menanganinya dengan tegas.
"Tidak dapat dielakkan, fitrah manusia, akan ada orang yang tunduk kepada godaan, yang melakukan perkaraperkara yang mereka tidak sepatutnya lakukan - sama ada dalam Perkhidmatan Awam, bank, firma guaman atau institusi-institusi - meskipun terdapat kawalan yang terbaik.
"Apa yang harus kita lakukan ialah sentiasa berjaga-jaga, memastikan kita dapat menanganinya dan memastikan ia adalah pengecualian dan tidak menjadi kebiasaan," kata Encik Shanmugam yang bercakap kepada media di acara Minggu Undang-Undang Singapura di Mahkamah Tinggi, semalam.
Beliau, yang juga Menteri Ehwal Luar, berkata pemerintah harus memastikan kes-kes tersebut kekal sebagai pengecualian.
"Cara anda memastikan ia satu pengecualian adalah dengan memastikan terdapat sekatan dan imbangan yang mencukupi, ada kemungkinan besar orang-orang ini ditangkap dan apabila mereka ditangkap, anda menangani mereka dengan tegas. Lakukan itu, dan anda memastikan seluruh sistem adalah bersih dan mereka yang melanggar undang-undang adalah dari kalangan golongan minoriti," kata Encik Shanmugam.

No comments:

Post a Comment

RM2500 DI SINI!!!

Busuk.com

My Blog List